Bagaimana untuk Membuat Panggilan Video pada Bigo Live

Bigo Live ialah sebuah rangkaian sosial popular yang membenarkan anda membuat siaran langsung, berkenalan dengan kawan-kawan, berborak dengan kawan-kawan, atau membuat panggilan-panggilan video dengan kawan-kawan tanpa kos. Kemudian, bagaimanakah anda membuat panggilan video dan bersembang dengan kawan-kawan pada Bigo Live? Panduan rasmi ini akan menunjukkan anda butiran-butiran berkenaan langkah demi langkah.

Bahagian 1: Bagaimana untuk Membuat Panggilan Video pada BIGO LIVE

Langkah 1: Muat turun Bigo Live and daftar masuk dengan Facebook, Twitter, Google, Instagram atau nombor telefon anda.

Langkah 2: Klik ikon bulat pada tengah bahagian bawah untuk membuat siaran langsung.

Langkah 3: Buat panggilan video dengan kawan-kawan Bigo Live

Apabila anda ialah tuan rumah:

Klik senarai penonton pada bahagian atas skrin, pilih orang yang anda ingin membuat panggilan video, dan tekan “Guest Live” pada kad profil penonton, kemudian jemputan panggilan video akan dihantar.

Apabila anda ialah penonton:

Tekan “Butang Melipat” di tepi kotak sembang, kemudian tekan “Guest Live”,dan begitulah jemputan panggilan video akan dihantar kepada tuan rumah.

Bagaimana untuk Membuat Panggilan Video pada BIGO LIVE

Bahagian 2: Bagaimana untuk Membuat Sembang Video Kumpulan pada Bigo Live

Selain daripada sembang video 1 kepada 1, anda boleh memasukkan mod ramai tetamu untuk membuat sembang video kumpulan pada Bigo Live. Terdapat duo cara untuk membuat sembang video kumpulan.

Sebagai seorang penonton:

Langkah 1: Buka app dan tekan tag “Multi-guest” pada bahagian atas halaman. Kemudian, pilih sebuah bilik ramai tetamu yang anda minati untuk menyertainya.

Langkah 2: Sertai siaran langsung dan tunggu untuk kebenaran tuan rumah.

Sebagai seorang tuan rumah

Langkah 1: Klik ikon bulat pada tengah bahagian bawah dan anda mempunyai empat pilihan: Multi-guest LIVE, LIVE, Audio LIVE dan Game LIVE. Cuma pilih “Multi-guest LIVE” dan kemudian tekan “GO LIVE”

Langkah 2: Jemput kawan-kawan anda ke bilik, kemudian anda boleh memulakan sembang video kumpulan.

Group Video Chat Malay

Bahagian 3: Bagaimana untuk Bersembang dengan Kawan-kawan Secara Peribadi pada BIGO LIVE

Jika anda ingin bersembang dengan kawan-kawan anda pada Bigo Live secara peribadi, anda boleh mengikut langkah-langkah berikut.

Langkah 1: Daftar masuk ke akaun Bigo Live anda.

Langkah 2: Pada halaman utama, klik pada ikon “People” pada penjuru kanan bahagian bawah.

Langkah 3: Klik pada “Fans” untuk mencari orang yang anda ingin bersembang.

Langkah 4: Pada halaman akaun kawan-kawan anda, klik butang “Chat” pada penjuru kanan skrin.

Langkah 5: Sekarang anda boleh bersembang secara bebas dengan kawan-kawan anda. Anda boleh menghantar teks, emoticon, gambar, video, dan suara.

BIGO LIVE VIdeo Chat Malay

Isi Ringkas

Pada Bigo Live, anda boleh membuat panggilan video 1 kepada 1 atau dalam kumpulan secara mudah. Ia membenarkan anda untuk bersembang dengan tuan rumah kesukaan anda dan kawan-kawan anda dengan mudah. Ia tidak pernah lebih mudah untuk berkenalan dengan kawan-kawan di seluruh dunia pada Bigo Live berbanding dengan sebelumnya.

🔥Anda Mungkin Berminat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *