Apakah BIGO LIVE
BIGO LIVE ialah sebuah platform sosial video langsung global di mana pengguna-pengguna menyiarkan detik-detik kehidupan mereka secara langsung, berbual dengan kawan-kawan mereka secara langsung, membuat panggilan video dan menonton video-video hangat.
Dilancarkan pada 2016, BIGO LIVE telah berjaya membina kehadiran globalnya dan kini mempunyai asas pengguna yang kuat dalam lebih daripada 150 negara dan wilayah, sebagai platform siaran langsung video yang paling disukai dan berkembang dengan paling laju di seluruh dunia.
Disediakan pada kedua-dua Apple App Store dan Google Play Store, ia mempunyai lebih daripada 200 juta pengguna di seluruh dunia.
BIGO LIVE berhasrat untuk menjadi sebuah platform media sosial berasaskan video yang paling disukai di seluruh dunia, dan membenarkan pengguna-pengguna untuk menjalin dengan dunia dan menerokai lebih banyak hiburan dan kemungkinan dalam kehidupan harian.
Cire-ciri Utama BIGO LIVE
Buat Siaran Langsung
Kami menggalakkan orang ramai untuk berkongsikan kehidupan harian mereka kepada dunia dan bertujuan untuk membina sebuah komuniti sosial yang aktif di mana orang ramai boleh berkomunikasi melalui isi-isi video. Cuma satu sentuhan untuk membuat siaran langsung, anda boleh menonjolkan bakat-bakat anda dan memperolehi pengikut-pengikut anda, menerima hadiah daripada penyokong-penyokong anda.
Tonton Siaran Langsung
BIGO LIVE meliputi berjuta-juta penyiar berbakat di seluruh dunia. Bila-bila dan di mana anda membuka BIGO LIVE, sentiasa terdapat pengguna yang membuat siaran. Penyanyi-penyanyi dan penari-penari yang ghairah, orang yang kuat makan, pelucu-pelucu, dan juga siaran langsung permainan-permainan popular seperti PUBG, LOL, RoV, Fortnite, Dota 2, Hearthstone, Rules of Survival dan banyak lagi.
Sembang Video & Panggilan Video Langsung
Sementara itu, anda boleh menjemput kawan-kawan untuk membuat sembang video atas talian 1:1 ataupun mencipta sembang video kumpulan atau panggilan-panggilan video dengan seramai 9 orang melalui Multi-guest Room. Dengan fungsi padan, anda boleh memulakan sembang secara rawak dengan orang yang berdekatan atau menemui kawan-kawan baru di seluruh dunia. Jika anda ingin mempunyai lebih banyak hiburan apabila bersembang, banyak penapis video dan pelekat tersedia untuk anda!
PK Langsung
Terima cabaran PK dengan kawan-kawan anda atau penyiar-penyiar di seluruh dunia adalah amat menarik. Sesiapa yang memperolehi lebih banyak mata tarikan akan memenangi PK manakala pihak kalah perlu menerima hukuman.
Bar
BIGO LIVE bekerja secara berterusan untuk membina sebuah komuniti sosial yang berinspirasi dan meliputi seluruh dunia. Setiap hari, beratus-ratus ribu pengguna menukarkan kehidupan dan bakat mereka kepada gambar dan vlog yang kreatif dan berkongsikan mereka pada bar BIGO. Anda boleh sentiasa mendapat inspirasi dan hiburan pada BIGO LIVE.
Mengenai BIGO
Ditubuhkan di Singapura pada tahun 2014, BIGO (BIGO Technology Pte. Ltd.) ialah salah sebuah syarikat internet yang berkembang dengan paling laju di seluruh dunia.
BIGO berdedikasi untuk mencipta sebuah dunia yang dijalinkan dengan lebih baik dan membekalkan sebuah portfolio siaran video, dan juga produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan VoIP yang dikuasai oleh teknologi Kepintaran Buatan Manusia (AI) yang canggih.
BIGO mempunyai BIGO LIVE, sebuah platform siaran langsung global yang paling disukai, Likee (dulunya LIKE video), sebuah platform sosial video bentuk pendek yang paling disukai di seluruh dunia, dan imo, sebuah platform komunikasi video global, dan app-app sosial yang lain.