Apakah Bigo Live Hack?
Bigo Live Hack merujuk kepada sebuah perbuatan yang melanggar peraturan, di mana pengguna-pengguna mendapat kacang, berlian dan hadiah-hadiah maya lain yang percuma dengan menggunakan kerosakan system.
Kenapa Bigo Live Hack Bahaya?
Sebelum menjawab soalan ini, sebuah perkara yang penting ialah kami mesti tahu ia tidak mungkin untuk menipu kacang atau berlian melalui cara ini. Terdapat dua sebab. Pertama, Bigo ialah sebuah syarikat berorientasikan teknology kerana kami boleh lihat banyak teknik canggih yang digunakan seperti sistem pengesanan muka dan pengecaman. Kedua, lebih daripada 1,000 pakar computer sedang bekerja untuk keselamatan siber, infrastruktur IT dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan kod, dan nombor ini sedang berkembang. Secara teori, ia tidak mungkin untuk mencerobohi pertahanan kerana beratus-ratus pakar kod sedang membaiki kerosakan dan menambahbaiki sistem ini. Jika sesiapa cukup bertuah untuk mencerobohi dan berjaya mencuri hadiah-hadiah maya, jadi dia akan menghadapi zon pertahanan kedua Bigo – sistem pengawasan, di mana ia bertugas untuk mengawasi keganjilan data dan menentukan sifatnya. Jika ia memangnya penipuan selepas pemastian, Bigo akan mengambil tindakan serius untuk menghukum kelakuan tersebut. Ia tidak berbaloi untuk membuat penipuan, tidak kira ia berjaya atau tidak.
Bagaimana untuk Melindungi Anda daripada BIGO LIVE Hack?
Pulang ke soalan kami, kemudian kenapa terdapat begitu banyak tutorial Bigo Live Hack di atas talian dan apakah tujuan mereka. Jawapan ialah penipuan. Tutorial-tutorial tersebut, dalam kebanyakan kes, memerlukan anda untuk memuat turun sebuah App di bawah nama penipuan kacang dan berlian secara percuma, di mana, dalam takat yang besar, ialah sejenis virus. Malah sebelum anda memuat turun App tersebut, Cuma satu klik yang mudah boleh menghantar anda ke virus secara automatic. Virus tersebut akan merebak ke dalam telefon anda dan mengumpulkan maklumat peribadi anda, termasuk kata kunci anda. Jika anda telah menambah kad-kad bank ke beberapa app, anda berada dalam keadaan yang bahaya. Cara terbaik untuk mengelakkan perkara tersebut ialah jangan percaya mana-mana tutorial penipuan. Bak kata pepatah: tiada pendapatan jika tiada “pembelian”.
Bagaimana untuk Mendapat Kacang dan Berlian?
Hanya terdapat satu cara untuk mendapat hadiah-hadiah tersebut. Ia ialah pengecasan semula. Anda boleh merujuk kepada seksyen “Pertolongan & Maklum Balas” dalam app Bigo Live, di mana anda boleh menjumpa tutorial rasmi yang mengajar anda bagaimana untuk menambah nilai dan menyelesaikan masalah-masalah umum.
Cuma satu peringatan mesra bahawa jangan percaya mana-mana tutorial Bigo Live Hack di atas talian. Pertama, ia tidak akan berfungsi. Kedua, ia akan mendedahkan anda kepada risiko.