Bigo Live ialah platform siaran langsung yang paling disukai di dunia, dan kebanyakan orang tahu tentang versi mobile. Dalam pos ini, walaupun begitu, kami akan memperkenalkan bagaimana untuk muat turun atau guna BIGO LIVE pada PC.
Bahagian 1: Bagaimana untuk Menonton video-video BIGO LIVE pada Web/PC
Anda boleh menonton video siaran langsung dari laman rasmi BIGO LIVE. Anda boleh mendaftar masuk dengan mengesan kod dari app BIGO LIVE. Sila beri perhatian bahawa “daftar masuk” atau “daftar” bukannya wajip, jadi anda boleh melompat langkah ini.
Terdapat tiga kategori dalam laman rasmi jika kami memasukkan Laman Utama, dan mereka ialah: Laman Utama, Permainan dan Showbiz.
Laman Utama
Jika anda sedang bersiar-siar dan ingin menonton sesuatu untuk meluangkan masa anda, Laman Utama ialah destinasi anda. Ia menunjukkan penyiar-penyiar atau isi-isi siaran yang paling hangat dan popular pada BIGO LIVE.
Video-video siaran langsung pada Laman Utama agak berbagai-bagai, termasuk tetapi tidak terhad kepada nyanyian, tarian dan permainan. Selain itu, Bigo akan melepaskan aktiviti-aktiviti kebelakangan ini pada Laman Utama. Sertai mereka untuk berseronok bersama-sama.
Permainan
Kategori ini adalah khas untuk peminat-peminat permainan, di mana mereka boleh menjumpa pelbagai koleksi permainan yang terlaris. Daripada LOL, CS, Overwatch ke Candy Crush dan Draw and Guess, anda pasti boleh menjumpa apa yang anda cintai.
Selain daripada pelbagai jenis permainan, Bigo juga memegahkan sekumpulan penyiar-penyiar dengan pelbagai gaya siaran. Anda boleh menjumpa penyiar-penyiar yang menjadi guru permainan, dan tahap permainan anda akan meningkat selepas menonton pertunjukan mereka; penyiar-penyiar yang mahir dalam strategi perkembangan, dan video-video mereka akan mendapat perhatian anda; dan penyiar-penyiar dengan sifat-sifat kelucuan, dan pertunjukan pertuturan mereka akan menggembirakan anda.
LIVE
Showbiz adalah seperti sebuah stew daging, di mana banyak video langsung telah dikumpulkan di tempat ini. Anda akan terkejut dengan betapa berbagai-bagainya pertunjukan langsung jika anda meluangkan sedikit masa untuk membaca isi kandungannya. Anda boleh menonton senaman, masakan, nyanyian, tarian, cerita dan berbagai-bagai isi kandungan yang boleh disiarkan dalam kawasan ini.
Oleh sebab sifat stew dagingnya, qualitinya agak bercampuran. Walaupun begitu, ia berbaloi jika anda meluangkan masa untuk mencari isi-isi yang menarik, dan mungkin di penjuru-penjuru, anda akan menjumpa sesuatu di luar jangkaan. Sudah pasti, anda boleh menapis siaran langsung mengikut negara dan pertunjukan langsung eksotik sedang menunggu anda.
Bahagian 2: Bagaimana untuk Muat Turun dan Guna BIGO LIVE Connector pada PC
Dengan BIGO LIVE Connector, anda boleh menyiarkan permainan anda pada PC. Ia cuma mengambil 4 langkah bagi anda untuk memulakan pertunjukan permainan anda pada PC. Ikut peraturan dan kongsikan kehidupan anda kepada dunia!
Langkah 1: Kesan kod QR Bigo Live Connector (40MB)
Notis: Pada masa ini, BIGO LIVE Connector hanya disediakan untuk Windows 7/8/10.
Langkah 2: Buat tetapan mod langsung dan hasilkan mod BIGO.
Langkah 3. Kesan kod dari app BIGO LIVE anda.
Langkah 4. Sekarang anda telah memulakan pertunjukan permainan langsung anda.
Isi Ringkas
Dengan mengikut panduan, anda boleh menonton video-video BIGO LIVE pada web/PC atau menyiarkan permainan-permainan secara langsung dari computer anda dengan mudah.