Larangan BIGO | Buka Larangan Akaun Bigo Live [Panduan Rasmi]

Dalam apa keadaan saya akan dihukum?

Akaun anda akan dihukum jika anda melanggar Konvensyen Komuniti BIGO Live. Sila baca Konvensyen Komuniti terperinci sebelum anda mula live >>> “Saya” ->”Tetapan”->”Tentang Kami” ->”Konvensyen Komuniti”.

Jika anda melihat pelanggaran, sila laporkan kepada kami supaya penapis kami boleh menyiasat isu ini dengan segera.

Cara melaporkan:

Anda boleh melakukan ini dengan mengetik nama pengguna atau avatar atau mesej, menavigasi ke ikon “Laporan” di sudut kiri atas profil mini pengguna.

Saya telah dihukum, apa perlu saya lakukan?

Sekiranya anda dihukum selama lebih dari 72 jam, sila log keluar dan log masuk semula, kemudian anda akan memasuki halaman Perkhidmatan-Unbanned sendiri. Isi maklumat mengikut arahan dan serahkan permohonan anda, kami akan mengendalikan rayuan anda dalam masa 3 hari bekerja.

  • Jika anda telah dilarangkan secara kekal pada BIGO LIVE, maka anda mungkin tidak akan mendapat balik akaun anda.
  • Jika anda telah dilarangkan secara sementara, anda perlu menunggu dari 10 minit sehingga 7 hari untuk membuka larangan pada akaun anda.

Konvensyen Komuniti BIGO LIVE

  1. Bagi memastikan peningkatan pengurusan komuniti Bigo LIVE dalam menyediakan platform pengguna yang sihat dan harmoni terhadap pertunjukkan bakat serta penghargaan, Bigo Live berhak untuk mengawal dalam kandungan dan tingkah laku pengguna berdasarkan beberapa peraturan.
  2. Pengguna Bigo Live hendaklah mematuhi undang-undang negara dan peraturan yang berkaitan termasuk peraturan Konvensyen Komuniti Bigo LIVE, jika tidak, pengguna akan dihukum kerana pelanggaran, yang akan dinilai oleh Bigo Live mengikut penilaian menyeluruh berdasarkan niat pelanggaran, masa serta objektif yang berkaitan.
  3. Konvensyen ini digunapakai kepada semua golongan masyarakat, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyiaran, video, gambar, tingkah laku pengguna, dan lain-lain.
  4. Para pengguna boleh membuat rayuan terhadap hukuman yang dikenakan.
  5. Bigo Live berhak memberi penjelasan terakhir terhadap hukuman yang dikenakan.

Notis:

Selain Perjanjian Pengguna, sila baca peraturan di bawah. Konvensyen ini akan dipinda dari semasa ke semasa mengikut perkembangan masyarakat dan platform BIGO LIVE.

Kesalahan Serius (Kelas A)

  • Penyiaran kenyataan anti-kerajaan dan anti-kerajaan atau tingkah laku menghina kerajaan dan negara adalah dilarang sama sekali ini termasuk;
  1. Membahayakan keselamatan negara, mendedahkan rahsia negara, cuba menjatuhkan kuasa kerajaan dan melemahkan perpaduan nasional;
  2. Menjatuhkan maruah serta kepentingan negara;
  3. Menghasut kebencian terhadap etnik atau diskriminasi etnik, atau melemahkan perpaduan masyarakat;
  4. Menyingung dasar agama rasmi negara, pecah-belah kedamaian dan keamanan sosial serta menjatuhkan moral peribadi;
  5. Menyebarkan keganasan, perlakuan keganasan atau bersubahat dalam pelakuan jenayah;
  6. Menganjurkan perhimpunan haram, perarakkan tunjuk perasan atau menganggu ketenteraman awam;
  7. Menghasut diskriminasi berbaur perkauman dan isu agama;
  • Penyiaran siaran secara langsung yang melibatkan tingkah laku seksual, kandungan membahayakan kesihatan, kandungan lucah, isu-isu politik yang sensitif atau pelanggaran hak cipta atau video dan iklan pelacuran adalah dilarang.
  • Memaparkan organ seksual atau bahagian-bahagian sulit anggota badan adalah dilarang sama sekali, contohnya: menyentuh bahagian-bahagian sensitif, memaparkan payudara wanita, pinggul, paha dalaman serta alat kelamin lelaki dan perempuan, memakai pakaian jarang atau nipis dan lain-lain.
  • Penyiaran berbentuk perjudian adalah dilarang sama sekali, samada judi secara langsung atau menghasut orang lain untuk berjudi.
  • Penyiaran pengedaran dadah adalah dilarang sama sekali, contohnya: memaparkan sampel dadah atau pertunjukan yang relevan seperti mengambil dadah, suntikan, atau tafsiran dalam pembuatan dadah dan lain-lain.
  • Pelanggaran hak privasi, mengecam keselamatan orang lain, membahayakan kepentingan awam, mengancam keselamatan serta kekejaman terhadap haiwan adalah dilarang sama sekali.
  • Lain-lain tingkah-laku yang melibatkan pornografi (cth; merengek/meraung), berpolitik, perjudian atau pengambilan dadah adalah dilarang.
  • Mempromosi atau penerbitan produk selain BIGO LIVE, pemburuan haram, tindakkan menyalahi undang-undang dalam urusan pembelian/perjanjian Diamons atau Beans dan unsur penipuan adalah dilarang sama sekali;
  • Penyiaran pengucapan yang melibatkan keganasan, ekstremisme, peperangan, dan kesalahan dalam agama adalah tidak dibenarkan;
  • Mempromosi permainan seks, ubat tenaga batin/perangsang atau menyiarkan maklumat pengambilan kerja sambilan yang mengelirukan adalah dilarang.

Kesalahan Biasa (Kelas B)

  • Etika Kod Pemakaian Penyiar (Hos):

Hos seharusnya untuk memakai pakaian yang sopan. Tidak berpakaian atau pakaian yang menjolok mata serta tidak senonoh adalah dilarang.

  1. Bahagian Atas: Memakai pakaian dalam diluar adalah dilarang.
  2. Bahagian Bawah: Paras seluar atau skrit pendek tidak boleh berada di atas pinggul anda.
  3. Lelaki dilarang untuk tidak berbaju menayangkan dada.
  4. Menayangkan Bra atau Seluar Dalam adalah dilarang.
  5. Wanita dilarang sama sekali untuk mendedahkan belahan dalam.
  6. Pakaian tidak sopan, penampakkan dalam penampilan, pakaian ketat, stoking langgai, garters, thongs, seluar dalam, boxer, seluar pendek rendah dari pinggang atau mana-mana pakaian dengan makna tidak senonoh samada dalam bentuk teks atau gambar adalah tidak dibenarkan.

Notis:

  1. Pakaian renang dibenarkan apabila bersiaran di pantai atau di kolam renang.
  2. Tinju / Gym: Tanpa berbaju tidak dibenarkan. Hanya vest atau berpakaian sukan dibenarkan.
  • Peraturan Etika Perlakuan:
  1. Semua tingkah laku semasa meminum atau selepas meminum minuman keras adalah dilarang.
  2. Merokok atau minuman keras adalah dilarang.
  3. Mana-mana persembahan ghairah menjurus kepada perilaku seksual dan suara adalah dilarang.
  • Peraturan Dalam Berucap:
  1. Memfitnah, penyalahgunaan bahasa atau serangan secara lisan adalah dilarang.
  2. Gangguan atau pencabulan adalah dilarang.
  3. Mana-mana kandungan atau aktiviti yang melibatkan pornografi, kandungan seksual untuk memupuk suasana yang tidak senonoh adalah dilarang.
  4. Menyebarkan iklan yang tidak dibenarkan terhadap undang-undang negara dan polisi BIGO LIVE adalah dilarang. Iklan yang diharamkan adalah seperti produk untuk golongan dewasa, senjata api, pedang, panah, lucah, produk penjagaan, rokok, ubat-ubatan dan rawatan penyakit kelamin.
  • Peraturan Keadaan dan Tempat Bersiaran:
  1. Larangan keras ke atas tempat-tempat hiburan erotik seperti pusat/bilik mandi.
  2. Larangan keras menyanyi atau menyiarkan musik erotik.
  3. Tiada siaran secara langsung dari platform siaran langsung bersaing.
  4. Sebagai tambahan kepada peraturan di atas, tingkah laku orang disekeliling yang tidak sesuai seperti merokok, tidak berbaju, berpakaian telanjang harus dielakkan dihadapan kamera semasa penyiaran.
  5. Apabila bersiaran, hos tidak dibenarkan untuk menyiarkan kandungan negatif seperti tidur, meninggalkan kamera untuk jangka masa panjang, skrin gelap atau tidak muncul untuk jangka masa panjang.
  6. Penyiaran atau menyiarkan semula rancangan tv, filem atau program televisyen tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan.

Arahan Kandungan:

  1. Semasa bersiaran sebagai tetamu, sekiranya tetamu melanggar peraturan Kelas A atau Kelas B, tetamu turut dikenakan hukuman berdasarkan pelanggaran kesalahan Kelas A atau Kelas B.
  2. Kaedah platform ini digunapakai terhadap pengguna di semua peringkat umur.
  3. Jika avatar dan muka depan telah melanggar kesalahan peraturan Kelas A atau Kelas B, avatar dan muka depan akan disekat dan pengguna dilarang memuat naik avatar baru dalam masa meliputi 1 jam atau 24 jam.
  4. Di negara-negara di mana penyiaran juvana tidak dibenarkan, maka juvana tidak dibenarkan untuk disiarkan.

Pelanggaran Perjanjian,

  • Kesalahan Kelas A

Pelanggaran kesalahan kali pertama, akaun BIGO LIVE anda akan kekal ditamatkan.

  • Kesalahan Kelas B
  1. Pelanggaran kesalahan kali pertama, akaun anda digantung daripada bersiaran selama 10 minit.
  2. Pelanggaran kesalahan kali ke-2 akaun anda digantung daripada bersiaran selama 1 jam.
  3. Pelanggaran kesalahan kali ke-3 akaun anda digantung daripada bersiaran selama 1 hari.
  4. Pelanggaran kesalahan kali ke-4, akaun anda digantung daripada bersiaran selama 3 hari.
  5. Pelanggaran kesalahan kali ke-5, akaun anda digantung daripada bersiaran selama 7 hari.

🔥Anda Mungkin Berminat